A-EnrichGold : Pelan Simpanan

A-EnrichGold : Pelan Simpanan

A-EnrichGold, satu pelan simpanan di mana tempoh pembayaran premium singkat yang menawarkan kedua-dua bayaran tunai terjamin dan pertumbuhan berpotensi dalam dana yang dilaburkan serta digabungkan dengan perlindungan takaful! More »

A-Life Med Regular-i : Kad Perubatan (Stand Alone)

A-Life Med Regular-i : Kad Perubatan (Stand Alone)

A-Life Med Regular-i, satu pelan perubatan Takaful lengkap yang menawarkan faedah perubatan dan rawatan di hospital yang komprehensif sehingga umur 100 tahun. Manfaat perlindungan perubatan tanpa dikenakan caj Ko-takaful dan Had Seumur Hidup! More »

A-SME Plus-i: Perlindungan Korporat

A-SME Plus-i: Perlindungan Korporat

Pekerja anda merupakan tulang belakang perniagaan anda dan sebagai majikan yang bertanggungjawab, adalah penting bagi anda untuk melabur dalam kesejahteraan mereka. Melaburlah di dalam A-SME Plus-i dan anda boleh memastikan kebajikan pekerja anda akan dijaga degan baik! More »

A-LifeLink-i : Perlindungan dan Simpanan

A-LifeLink-i : Perlindungan dan Simpanan

Lengkapi diri dengan pelan perlindungan dan pelaburan fleksibel yang boleh diubah mengikut perubahan dalam kehidupan anda. A-LifeLink-i membantu anda untuk mengemudi risiko kehidupan dengan menyediakan perlindungan ke atas kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal. More »

 A-Plus Hajj

A-Plus Hajj

Haji dan Umrah adalah dua pencapaian penting bagi setiap Muslim, dan setiap orang ingin melalui perjalanan khas ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Sedang anda membuat persiapan untuk perjalanan ibadah anda, More »

 

A‑Life Signature‑i

screenshot_1

Apakah itu A-Life Signature-i ?
A-Life Signature-i adalah pelan Takaful berkaitan pelaburan dengan caruman berkala
tetap patuh Syariah yang memberikan perlindungan ke atas kematian termasuk
kematian disebabkan kemalangan atau kematian semasa menunaikan ibadah Haji atau
Umrah dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK). Anda boleh memilih tempoh
caruman dan tempoh perlindungan sedia ada mengikut keperluan anda.
Pelan ini membenarkan anda untuk membuat pengeluaran awal dan membuat tokokan
amaun pelaburan anda. Sebagai tambahan, anda boleh menikmati perlindungan dari
penyakit-penyakit kritikal dengan kos tambahan.

 

Siapakah yang layak untuk menyertai A-Life Signature-i ?
Pelan ini boleh disertai oleh individu yang berumur di antara 18 tahun ke 70 tahun.
Tempoh perlindungan adalah berbeza berdasarkan umur kemasukan, seperti yang
diterangkan dalam jadual di bawah.

screenshot_2

 

error: Content is protected !!