A-SME Plus-i – Insurance Pelaburan Syarikat

Menarik, memotivasi dan mengekalkan pekerja yang baik adalah satu cabaran kepada mana-mana organisasi. Pekerja anda merupakan penggerak di belakang perniagaan anda dan sebagai majikan yang bertanggungjawab, adalah penting bagi anda untuk melabur dalam kesejahteraan mereka. Melaburlah di dalam A-SME Plus-i dan anda boleh memastikan kebajikan pekerja anda akan dijaga degan baik.

A-SME Plus-i direka bagi menguruskan pelan faedah pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana; terutamanya untuk 5-150 orang pekerja. Ia adalah pusat bagi semua keperluan faedah pekerja anda, menyediakan perlindungan maksimum untuk keadaan yang tidak dijangka seperti kematian/kehilangan upaya, penyakit kritikal dan kos perubatan yang semakin meningkat.

Faedah Asas Perubatan

Kemasukan ke Hospital

Lindungi para pekerja anda dengan menyediakan pelan lengkap kemasukan hospital. Dengan pelan ini, mereka dijamin perlindungan perubatan yang mencukupi di masa ianya diperlukan.

Terdapat 5 pelan yang menarik dengan had-had keseluruhan tahunan dari RM10,000 hingga ke RM100,000 dan 2 pelan had dalaman. Ia memberikan anda pilihan untuk menyediakan pelan yang paling sesuai dengan pekerja anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk menyediakan perlindungan kemasukan ke hospital untuk tanggungan pekerja.

Faedah Asas Takaful Bertempoh

Kumpulan Faedah Takaful

Faedah Takaful Bertempoh menyediakan perlindungan kewangan kepada pekerja anda sekira berlakunya kematian yang tidak dijangka. Syarikat yang mempunyai bilangan pekerja di antara 11-150 orang akan diberi Had Tanpa Bukti sebanyak RM200,000 tanpa perlu melengkapkan Borang Perakuan Kesihatan Peribadi (Borang C).

Kehilangan Upaya Kekal Menyeluruh

Sekiranya pekerja kehilangan upaya disebabkan oleh kecederaan atau penyakit, bayaran ganti rugi daripada faedah ini akan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pada masa tersebut.

Kehilangan Upaya Kekal Sebahagian

Ganti rugi akan dibayar mengikut Skala Pampasan seperti yang dinyatakan di bawah Jadual Faedah sekiranya berlaku kehilangan upaya kekal sebahagian yang disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.

Penyakit Terminal

Pampasan akan dibayar sekiranya Ahli yang Dilindungi meninggal dunia disebabkan oleh Penyakit Terminal yang dihidapi dalam tempoh masa 12 bulan.

Perbelanjaan Penghantaran Pulang

Meliputi perbelanjaan untuk pengangkutan jenazah balik ke Negara Asal jika kematian berlaku semasa Ahli yang Dilindungi berada di luar Malaysia.

Faedah Pilihan Perubatan

Penjagaan Pesakit Luar (Klinik Panel, GP – General Practitioner)

Rider ini menyediakan 2 pilihan untuk perlindungan perubatan pesakit luar bagi kedua-dua Klinik Panel GP dan Pakar. Dengan menyertai rider ini, pekerja anda (dan tanggungannya, jika ada) akan menerima kemudahan bagi kemasukan ke penjagaan di Klinik Panel yang berkualiti. Berserta dengan pelan kemasukan ke hospital, pekerja anda akan menikmati perlindungan penjagaan kesihatan yang komprehensif.

 

Faedah Pilihan Takaful Bertempoh Kumpulan

Penyakit Kritikal

Penyakit yang serius boleh menyebabkan kesulitan kewangan. Dengan diagnosis penyakit kritikal, ganti rugi akan dibayar. Ini akan membantu mengurangkan beban kewangan.

Faedah Pilihan Perubatan atau Takaful Bertempoh Kumpulan

Saringan Eksekutif

Sekarang anda mempunyai peluang untuk menyediakan faedah tambahan tahunan kepada pekerja anda. Penyaringan kesihatan ini merupakan langkah pencegahan, menyediakan maklumat perubatan yang munasabah untuk fokus terbaik bagi kesihatan.

Ciri-Ciri

Penjagaan Perubatan tanpa Bayaran Tunai (Klinik Panel GP dan Hospital Panel)

Perlindungan penjagaan perubatan pesakit luar tanpa bayaran tunai kepada Ahli/Tanggungan yang Dilindungi di mana-mana klinik Panel GP kami di seluruh negara. Dengan menunjukkan Kad ID Ahli AIA PUBLIC bersama kad pengenalan, Ahli/Tanggungan yang Dilindungi akan menikmati kemudahan penjagaan pesakit luar.

Semasa kemasukan ke hospital, Ahli/tanggungan yang Dilindungi akan terus menikmati kemudahan tanpa bayaran tunai kerana AIA PUBLIC menyediakan perkhidmatan mengeluarkan Surat Jaminan (SJ) kepada Hospital. Perkhidmatan SJ ini adalah pilihan dan disediakan untuk caruman yang lebih tinggi serta tertakluk kepada terma dan syarat.

Rangkaian Perubatan

Nikmati sokongan perubatan yang meluas daripada rangkaian klinik panel GP kami, yang strategik di seluruh negara. Rangkaian kami yang meluas, menawarkan akses mudah, pelbagai pilihan dan keselesaan. Rangkaian perubatan kami juga merangkumi semua hospital besar di seluruh negara.

Pusat Panggilan 24 Jam

Bagi pelanggan kami yang telah mendaftar dengan Faedah Hospital beserta dengan pilihan Surat Jaminan (SJ), sila hubungi Care Line kami di 1300 88 8933, jika anda memerlukan SJ untuk kemasukan hospital.

Jenis Pelan yang Fleksibel

Pilih pelan perlindungan perubatan dan Takaful Bertempoh yang ditawarkan, pelan yang memenuhi keperluan dan mengikut kemampuan anda.

Pemindahan Perubatan Kecemasan

Meliputi Ahli yang Dilindungi semasa dalam perjalanan ke luar negara. Jika berlaku apa-apa kecederaan serius atau penyakit di luar negara, American International Assistance Service Inc. (AIAS) boleh menguruskan dan membayar untuk Pemindahan Perubatan Kecemasan, yang meliputi pengangkutan, perkhidmatan perubatan dan bekalan perubatan perbelanjaan, ke kemudahan perubatan yang terdekat.

SJ = Surat Jaminan

 

Hubungi kami /call Center +60192005903

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!