TAKAFUL BASIC EXAM ( TBE) TEXTBOOK DAN MAKLUMAT AM

Bermula April 2012, Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah memberi mandat kepada IBFIM untuk mengendalikan Peperiksaan Asas Takaful (TBE).

TBE adalah satu peperiksaan kelayakan untuk melayakkan mereka yang berminat untuk menjadi seorang ejen takaful yang berdaftar di dalam industri perkhidmatan kewangan dalam mempromosi produk-produk dan perkhidmatan takaful.

Peperiksaan ini adalah kelayakan mandatori bagi meningkatkan dan menambah baik tahap kompetensi dan profesionalisme ejen-ejen takaful di Malaysia.

Ejen Takaful Am

  • Ejen takaful am adalah tertakluk di bawah Kod Etika Pengantara Takaful (Code of Ethics for Takaful Intermediaries) yang telah ditetapkan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA);
  • Selain itu, ejen takaful am juga dikehendaki untuk lulus Peperiksaan Asas Takaful (TBE) dan memenuhisekurang-kurangnya 20 jam masa latihan dalam setahun di bawah Program Pembangunan Professional Berterusan (Continuous Professional Development-CPD); dan
  • Ejen-ejen juga perlu mematuhi standard minimum dalam pendedahan maklumat  sebagaimana yang telah digariskan oleh Bank Negara Malaysia. Arahan ini memerlukan setiap ejen untuk menerangkan kepada bakal peserta tentang ciri-ciri utama sesuatu produk takaful yang dipasarkan, maklumat tentang komisen serta prosedur tuntutan dan juga aduan semasa melakukan aktiviti promosi atau jualan.

Ejen Takaful Keluarga

  • Ejen takaful keluarga adalah tertakluk di bawah Kod Etika Pengantara Takaful (Code of Ethics for Takaful Intermediaries) yang telah ditetapkan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA);
  • Selain itu, ejen takaful keluarga juga dikehendaki untuk lulus Peperiksaan Asas Takaful (TBE) dan memenuhi sekurang-kurangnya 30 jam masa latihan dalam setahun di bawah Program Pembangunan Professional Berterusan (Continuous Professional Development-CPD); dan
  • Ejen-ejen juga perlu mematuhi standard minimum dalam pendedahan maklumat  sebagaimana yang telah digariskan oleh Bank Negara Malaysia. Standard ini memerlukan ejen untuk mendapatkan maklumat yang memadai tentang bakal peserta. Maklumat ini akan membolehkan ejen untuk membuat analisa kedudukan kewangan dan peribadi bakal peserta di samping mengenalpasti keperluan kewangan serta keutamaannya. Ini kemudiannya membolehkan ejen mencadangkan produk takaful yang bersesuaian dan mampu disertai oleh bakal peserta.

Syarat-syarat Layak Menduduki Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Memiliki sekurang-kurangnya sijil SPM/MCE atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Malaysian Takaful Association (MTA)

 

Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) / Higher School Certificate (HSC), under the Ministry of Education, Malaysia

3.Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) with minimum 5 passes, under the Ministry of Education, Malaysia

5.General Certificate of Education (GCE) / ‘O’ Levels with minimum 5 passes under the Ministry of Education, Malaysia or Singapore-Cambridge General Certificate of Education

Nota: MTA berhak untuk meminda syarat-syarat layak menduduki peperiksaan bila diperlukan.

Pengecualian dari menduduki TBE

Pengecualian dari menduduki TBE diberikan kepada calon-calon yang telah memperoleh kelayakan yang berikut:

  • Islamic Financial Planner (IFP)
  • Shariah Registered Financial Planner (Shariah RFP)

Nota:

  • Pengecualian diberikan HANYA selepas MTA menerima dan meluluskan permohonan yang disertakan dengan salinan yang sah sijil IFP atau Shariah RFP.
  • Borang permohonan pengecualian boleh didapati di MTA.
  • Untuk kelayakan-kelayakan lain yang setaraf, calon dinasihatkan agar memohon terus ke MTA.

 

Buku

KLIK DISINI UNTUK MUAT TURUN TEXTBOOK TBE DAN SOALAN EXAM

 

Hubungi kami /call Center +60192005903

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!